Monday, October 5, 2009

Hati Dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, dugaan & cabaran yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam diri seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargaikepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Friday, September 11, 2009

Aset 40 orang paling kaya di Singapura cecah AS$39 bilion

SINGAPURA: Aset 40 orang paling kaya Singapura kini berjumlah AS$39 bilion, meningkat 22 peratus berbanding AS$32 bilion tahun lalu, demikian menurut Senarai Orang Paling Kaya Singapura 2009 Forbes Asia.

Dalam senarai yang dikeluarkan hari ini, Forbes berkata peningkatan kekayaan itu sebahagiannya disumbangkan oleh lonjakan dalam pasaran saham negara berkenaan kepada hampir 90 peratus sejak paras terendahnya pada Mac.

"Tahun ini, 19 jutawan dalam senarai itu menjadi lebih kaya, termasuk enam daripada 10 orang paling kaya dalam senarai itu, manakala nilai bersih 13 yang lain susut," katanya.

Mendahului senarai itu ialah tokoh berpengaruh sektor hartanah berusia 81 tahun, Ng Teng Fong, yang memiliki aset bersih AS$8 bilion, meningkat berbanding AS$7 bilion tahun lalu.

Ng dan keluarganya menguasai syarikat milik persendirian, Far East Organisation dan anak syarikatnya, Sino Group, yang sudah memajukan lebih 700 hotel, gedung beli-belah dan kondominium di sini dan Hong Kong.

Keluarga mendiang Khoo Teck Puat, pemilik bank, yang aset bersihnya susut ASS$600 bilion pada 2008 kepada AS$5.5 bilion, kekal di tempat kedua.

Mendiang mewariskan harta kepada 14 anaknya pada 2004 namun keluarga berkenaan menjual pegangan dalam Standard Chartered Bank pada 2006 bagi kira-kira AS$4 bilion.

Mereka masih menguasai Goodwood Group of Hotels.

Forbes berkata orang yang mendapat keuntungan paling besar tahun ini ialah jutawan minyak sawit berusia 60 tahun, Kuok Khoon Hong, dengan menduduki tangga ketiga dalam senarai itu, meningkat dari tempat kelima tahun lalu apabila aset bersihnya meningkat sebanyak AS$2.2 bilion kepada AS$3.5 bilion, setelah sahamnya dalam firma minyak sawit, meningkat 70 peratus sejak tahun lalu.

Ahli perniagaan baru yang tersenarai ialah pemaju hartanah, Kwee Brothers, menduduki tempat keempat dengan memiliki aset bersih AS$3.2 bilion, (5) Pengerusi United Overseas Bank, Wee Cho Yaw (AS$3.1 bilion), (6) jutawan hartanah Zhong Sheng Jian (AS$2 bilion), (7) pelabur Peter Lim (AS$1.5 bilion), (8) Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Kwek Leng Beng (AS$1.2 bilion), (9) bekas pengerusi Oversea-Chinese Banking Corp Singapura Lee Seng Wee (AS$800 juta) dan (10), rakyat Malaysia Ong Beng Seng dan isterinya Christina Ong (AS$700 juta).

Syarikat Ong, 65, dan isterinya, kini disenarai di republik ini. Mereka adalah antara pasangan paling berpengaruh di sini.

Ong, ialah pengarah urusan hartanah hotel yang termasuk Four Seasons, hotel Hard Rock di Asia Tenggara, selain memilih hak ke atas Grand Prix Singapura.

Beliau baru sahaja menjadi pengedar rasmi Ferrari tunggal republik itu manakala isterinya mengurus Como Hotels & Resorts, Club 21, memiliki studio yoga dan kedai makanan kesihatan. - Bernama


Thursday, August 27, 2009

Friday, August 14, 2009

Suara Di Tempat Orang

Salam..rindu pada semua,.

Hampir sebulan bermastautin di negeri paling utara di semenanjung tanah melayu..

Rindu kat kampung belum banyak dirase..orang dah berusia cm penulis ni mesti kene banyak berdikari..dah lebih 23 tahun merasa hidup di dunia..entah bila, malaikat menjemput, maka terpaksa la pergi..kita Cuma pinjaman untuk menjalakan tugas sebagai kalifah Allah.

Indah perlis xsama dengan cantiknya Terengganu. Mungkin perlis ni ada kelebihan tersendiri. Tapi bagi penulis yang belum mengenali kehebatan dan kelebihan perlis ni terasa keindahan terengganu melebihi indahnya Perlis.

Ada kawan yang lahir kat perlis tapi selalu tinggal kat kedah tapi sekarang duk kat dungun terengganu, penulis ada bagitahu dia yang penulis ni kene hantar kat perlis pas tu dia cakap perlis x ada pe2 yang menarik pun.. orang kat cni pun cakap cam 2. Kalau nak entitement kene pergi kat negeri sebelah. Xjauh mane pun dengan negeri jiran ni. Nak pe2 pn cari kat alor star, penang, ..

Bak kata pepatah, dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Xkira ini negeri siapa pun, kita dah akan tinggal disini untuk masa yang agak panjang mungkin , penulis pun xtahu berapa lama tapi ikut jadual 4 tahun kat sini. Hormatilah negeri orang dan anggaplah disitu kita tinggal disitu umah kampung halaman kita sendiri. Apa beza mana2?xda beza. Bumi ciptaan Allah bulat(sfera) dan indah. Rumput yang kita pijak adalah sama. Semua ciptaan tuhan.

Penulis ambil masa sedikit untuk bercerita tentang perkembangan terbaru kalu ada rakan-rakan dan teman-teman yang masih melayari blog ni. Penulis berharap rakan lama boleh terus berhubung seperti mana kita eratkan hubungan yang terjalin sejak perkenalan kita dulu. Farid, dah ada blog sendiri sekarang. Bagus la. Penulis selalu la jugak masuk ke blog anda. Boleh tahu jgk perkembangan. Sukri jugak, penulis harap suasana kerja tidak menghalang perhubungan dan komunikasi antara sesama kumpulan. Ilmu yang kita ada lebih baik dikongsi daripada dipendam untuk dijadikan pekasam...

Sekarang penulis agak sedikit bebas. Laptop dah ada, senang ckit untuk melaksanakan tugasan. Xlah selalu nak mengyusahkan sapa2. Baru je beli minggu lepas, mahal la jugak. Tapi demi perjuangan sanggup beli, terima kasih MAK dan ABAH kerana sanggup berkorban untuk anak yang nakal ni. Walaupun dah agak berusia ni, masih dibantu oleh mak abah, biasa la kan..

Minggu depan penulis xtahu nak buat pe. Mungkin sepenuh masa mengadap laptop ni rasenya bolehla melaksanakan rutin harian seperti dulu2.sekarang dah nak masuk maghrib. Mungkin cerita lepas ni lagi ceria mungkin. Terima kasih.

Friday, July 3, 2009

Program 3P




oppp..

Salam pada semua, walau x ramai yang membaca blog ni tp khusus utk kwn2 yang xakan putus jalinan persahabatan. aku ambil kesempatan untk menulis sedikit catatan untk malam yang terakhir aku di Politeknik Sultan mizan zainal Abidin Dungun.

Sukri, Hafiz ucapkan terima kasih atas kesudian untuk memberi ruang untuk 'update' blog yang dah lama x diusik. almaklum, di rumah x berkesempatan untuk menulis.

Hampir 3 minggu aku kat Dungun, lepas habis Diploma di sini. beruntung dapat 'join' Program 3P (Program Pertauliahan Profesional). x sia2 masa yang aku habiskan. apa yang kita pelajari xsemesti sama dengan ruang dan bidang yang kita ceburi. pe pun nasib aku memang baik, sebaik masa depan ku nanti. Insyallah.

Thanks to Sir Barra Purnama Pradja atas segala tunjuk ajar selama hampir 3minggu dia kat Politeknik ni. bersama2 kami satu kumpulan, mengajar dan memberi tunjuk ajar. Orang cakap kami antara yang bertuah mendapat Trainer cam sir Barra. Sir, kita mungkin tak akan jumpa lagi tapi kenangan yang sir tinggalkan tak akan dilupakan tuk selamanya.






Sekarang mungkin Sir dah sampai di Indonesia. kalu kul 7 naik flight, maybe sir dah sampai kul 8 waktu malaysia. so, hope YM yg aku add tadi ada jawapan. mungkin hubungan xkn putus, dunia sekarang dihjung jari kita. kan?

buat rakan2 aku, yang dari Poli Kota bharu, Poli muadzam dan yang satu Group CompTIA A+ G12. Ku ucapkan terima kasih semua walaupun xpernak kenal, yang xsempat nk tegur. Hafiz mintak maaf. kenangan yang kita cipta xkan dapat dilupakan sampai akhir hayat. ku coretkan tulisan malam ini uk memory akan datang. Harap kita dapat berhubung semula.

Friday, March 27, 2009

Untukmu TV3 dan Tanggungjawap Sosial

Untukmu TV3 dan Tanggungjawap Pada Masyarakat

Salam untuk semua..

Di sini penulis memaparkan sedikit kenyataan Setiausaha Akhbar dari negeri utara semenanjung , KEDAH...

Patutkah sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawap sosial yang besar terhadap rakyat Malaysia keseluruhannya iaitu TV3, mencelarukan pendengar dan penonton mereka dengan ketidakadilan menyampai dan pelaporan berita mereka.

Sebenarnya, sesebuah masyarakat memerlukan keseimbangan dan keadilan yang perlu diletakkan pada tempat yang betul tanpa memilih bulu ataupun memilih ekor sesetengah golongan untuk menaikkan nama, kepopularan juga status mereka dimata masyarakat.
Dan patutkah mereka ini di BOIKOT???

kenyataan dipetik dari www.harakahdaily.net

Patut TV3 digantung,bukannya Harakah!

Saya merujuk kepada artikel segmen Dalam Negeri (muka surat 15) Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2009.Artikel adalah berkaitan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato� Seri Syed Hamid Albar berhubung penggantungan permit dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan.

Saya memetik antara alasan menteri tersebut kenapa dua akhbar ini digantung permit serta merta selama tiga bulan.

Dikatakan akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Menteri berkenaan turut berkata, "KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas." (tetapi tidak disertakan bukti atau contoh kesalahan yang telah dilakukan).

Sepatutnya TV3 yang selayaknya digantung permit.

Apa yang ingin saya persoalkan adalah beberapa siaran berita oleh stesyen TV3 terhadap kerajaan negeri Kedah sejak setahun lalu.

Antaranya putar belit dan pembohongan, hasutan serta fitnah yang jelas mengenai isu penggunaan Jet Eksekutif oleh Menteri Besar, pembukaan ladang ternakan babi di Bukit Selambau, dan terakhir isu salah seorang Exco Kerajaan yang dituduh menderhaka.

Semua itu terbukti adalah tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali, hanya melalui kandungan surat layang, TV3 dengan bongkak menyiarkan berita mengenai Exco derhaka, adakah ini tidak terkandung sebagai berita yang tiada asas, menghasut dan tuduhan liar.

Contoh paling mudah ingin saya sebutkan bahawa TV3 Kedah selama ini hanya berbohong, berilusi, berangan-angan, berniat jahat, menghasut, memutarbelitkan fakta, tuduhan liar dan tidak berasas adalah kerana wartawannya, TIDAK PERNAH langsung menemubual atau hadir dalam mana-mana sidang akhbar oleh pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Jelas, semua berita-berita yang digambarkan selama ini oleh TV3 mengenai kerajaan Negeri Kedah tidak melalui asas atau sumber yang tepat.

Nampaknya, Menteri berkenaan juga telah memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan menghasut untuk orang ramai tidak mempercayai dua akhbar tadi dengan tidak membentangkan apa kesalahan yang telah dilakukan.

Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kedah.
_


Mohamad Helmi Mohamad Khalid
Fri | Mar 27, 09 | 8:16:26 pm MYT

Saturday, March 7, 2009

The Importance of Financial Planning:A Key...

The Importance of Financial Planning: A Key to S.U.C.C.E.S.S

“Failing to Plan is as good as Planning to Fail” so goes the cliché! As much as we hate to admit it, planning is an integral part of our lives, not just in our finances but in every aspect of our lives. Therefore, it’s better that we start planning early rather than regret later.

What is Financial Planning?

To quote from Wikipedia, the free online encyclopedia: “In general usage, a Financial Plan can be a budget, a plan for spending and saving future income. This plan allocates future income to various types of expenses, such as rent or utilities, and also reserves some income for short-term and long-term savings. A financial plan can also be an investment plan, which allocates savings to various assets or projects expected to produce future income, such as a new business or product line, shares in an existing business, or real estate.”

Wow, a mouthful of words indeed! In very simple terms, Financial Planning is really about: 1) Knowing where you are now, 2) Where do you want to go and 3) How to get there. It’s almost like planning for a holiday with your family. Take for example that you are currently residing in Kuala Lumpur and planning to take your family for a Cuti-Cuti Malaysia holiday. You would first have to decide where to go. Let’s say are planning to visit Langkawi during the next school holiday. Then, you have to decide on how to get there. You may drive and then take a ferry, go by bus or train, fly or even take a cruise! There are various means of getting to your destination and the choice will depend on a few factors – budget, time, convenience and practicality. However, you may need to think of a contingency plan, just in case something happens along the way, like your car or the bus breaks down, the flight’s delayed or even a road detour!

Similarly, in Financial Planning, we need to know what are our current resources, our financial goals and how to achieve them in the most effective and efficient manner. Let’s take a look at some reasons why Financial Planning is important to everyone, not only to the rich but the not-so-rich alike.

Why is it Important?

Money may not be the most important thing in life. Nevertheless, it is still important! Every single thing revolves around money, from the time we open our eyes till the time we go to bed (and even while we are asleep!) If only money grows on trees, then financial planning would not be such a headache, would it?

Financial Planning is a systematic way of organizing our financial affairs in the most effective and efficient manner in order to achieve our Life Goals. And Success is defined as the attainment of one’s goals. In short, it is truly A Key to S.U.C.C.E.S.S.!

Sense of Direction in Life
Dr. Stephen R. Covey gave an analogy in his book, The 7 Habits of Highly Effective People that a lot of us get caught up in our “busyness” of life, to work harder and harder at climbing the ladder of success only to discover, upon reaching the top rung that the ladder is leaning against the wrong wall! Through proper Financial Planning, we can then look at what is more important and meaningful to us. Then we can organize our finances and our lives around those things so that we do not end up on the wrong wall.

Understanding Trade-Offs/ Sacrifices
Though our Wants are infinite, unfortunately, our resources are finite! Financial Planning would help us realize and understand that in life, there is always Trade-Offs or Sacrifices to be made. By changing our good old car for the newest model or our “not-so-trendy” hand phones to the coolest model in town, we would have affected our retirement nest egg without realizing it. If we really want to achieve our important goals, we need to exercise Delayed Gratification and able to distinguish between Needs and Wants.

Coping Easier with Changes in Life
The only constant in life is Change and learning to cope with changes early in life would be a plus point. When we are still single and carefree, the world is for our taking and we could practically live like there’s no tomorrow. However, when we settle down and start to build our family, our world begins to change dramatically. It could also be the case of a person losing his job, going through a divorce, losing the breadwinner of the family or being diagnosed with critical illness. We are better prepared to face these challenges in life if we have done proper Financial Planning.

Creating Wealth
Ah, don’t we just love this! Almost everybody wants to be wealthy but few have a game plan towards achieving it. Wealth creation is not a sprint but a marathon for it takes time, discipline and a lot of financial stamina. With the help of a qualified investment advisor, we can select the most appropriate investments that suit our risk appetite to achieve our desired goals. By adopting various investment strategies and proper Asset Allocation, slowly but surely, we will cross the finishing line lifting our pot of gold!

Enriching our Lives
Financial Planning does not merely enrich us financially but also physically, emotionally and mentally. Without the financial stress, we will be able to focus on other important aspects of our lives like our health, our relationship with our family and friends and devoting our time to other charitable causes. We will be able to live a fuller life and in turn, enrich other people’s lives.

Security
One of the important goals in Financial Planning is to get a deep Sense of Security in our lives. We want to feel assured that no matter what happens, our goals can be realized, either for ourselves or our loved ones. Through proper Risk Management and Insurance Planning, we will be able to provide our loved ones and ourselves with total peace of mind while we go about living our lives and building our wealth.

Success
Yeah! Isn’t this what most of us aspire – to be Successful in life? The Oxford dictionary defines Success as “the attainment of one’s goal”. That’s exactly what Financial Planning aims to achieve – helping us realize our Life Goals. Our goal should not be just having a lot of money in our bank accounts but rather what can money do for us. Money can take care of our health through better quality food and health supplements. It could provide our children with quality education. It enables us to spend more quality time with our family and friends. It also helps expand our horizons by allowing us to explore and learn new things through our travels. Last but not least, it allows us to contribute back to the society through sharing of our knowledge, resources and time with the less fortunate. Therefore, True Success is not merely about how much we have (quantity) but the Quality of Life that we live!

In the final analysis, Financial Planning is really a means to an end. You have to ask yourself whether this is the kind of S.U.C.C.E.S.S. that you want. If you do, the first thing that you should do is to learn how to Manage Your Cashflow Effectively, which we’d be discussing in our next article. So, watch out for it and in the mean time, try to “Make Prudent Financial Management A Way of Life!”

http://www.akpk.org.my/Articles/YOUNGADULTS/THEIMPORTANCEOFFINANCIALPLANNINGAKEYTOSU/tabid/168/Default.aspx

Thursday, March 5, 2009

Adakah Manusia Lebih Hina Daripada Binatang?

Dari sudut hati penulis, sekarang ramai daripada kita yang terlalu seronok dengan apa yang kita lakukan dan lalui. Sampai satu tahap akal, budi dan akidah sanggup digadaikan dek kerana semata-mata mencarikan suatu kepuasan yang tidak kekal, yang hanya sementara.

Anak-anak muda adalah satu aset dunia yang perlu dijaga dan dihargai tapi yang paling penting adalah mendidik anak-anak ini untuk menjadi manusia yang tinggi akhlaknya, tinggi pengetahuannya, serta tinggi budi bahasanya.

Sesuatu yang amat menyedihkan penulis pada ketika ini adalah keseronokan sementara yang mereka ini mencari-cari menjadi dosa-dosa kering yang dikutip ditepi lorong-lorong maksiat yang menjadi pedoman bagi mereka.

Penulis paparkan secebis kisah yang telah ramai yang mengetahui tetapi menjadikan suatu masalah yang besar ini sebagai cerita picisan dan sebagai cerita dongeng untuk tatapan anak-anak kecil - aset yang akan menbawa negara untuk dimimpin.

Fikir-fikirkan ....
Dipetik daripada Kosmo Online 5 mac 2009

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my

VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.

TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Tuesday, March 3, 2009

Robert Kuok Manusia Terkaya di Malaysia 2008

Robert Kuok Terus Dahului Senarai Paling Kaya Malaysia

Oleh Zakaria Abdul Wahab(22 Mei 2008 18:12 PM)

SINGAPURA, 22 Mei (Bernama) -- Taikun Malaysia, Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia.

Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media, dan paling ketara ialah gergasi minyak sawit Wilmar, telah meningkatkan nilai bersihnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas untuk mencecah AS$10 bilion.

Senarai rangking terbaru ini turut menyaksikan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp menyertai kelab bilionair, kata Forbes Asia dalam satu kenyataan Khamis. Terdapat 10 bilionair dalam senarai tahun ini.

Tan, yang naik dari tangga ke-14 ke tempat kesembilan, mempunyai nilai bersih AS$1.3 bilion, menambah hampir AS$1 bilion dari tahun lepas.

Forbes Asia berkata syarikat Tan, Berjaya Corporation, telah menongkah arus dengan harga sahamnya mengembang hampir tiga kali ganda sejak 12 bulan lepas.

Tan menguasai lebih AS$4 bilion -- dengan jualan yang digabungkan -- rangkaian perusahaan melibatkan industri seperti pertaruhan/perjudian, media, telekom, produk pengguna dan runcit serta hartanah.

Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis.

Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang ASS$200 juta daripada tahun lepas.

Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah pengerusi eksekutif kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki rangking keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion, kata Forbes Asia.

Kemasukan baru paling tinggi ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada taikun perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lepas tetapi meninggal dunia pada Oktober.

Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima. Malah, anaknya Tan Sri Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting, yang disenaraikan secara persendirian dengan AS$345 juta, menduduki tempat ke-15.

Lee adalah antara tiga wanita di dalam senarai, bersama-sama dengan pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-35 (AS$150 juta).

Antara pendatang baru ialah Datuk Nazir Razak, ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Nazir berjaya mendapatkan tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.

Kekayaan secara kolektif kesemua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lepas.

Sementara 16 individu berjaya menambah kekayaan mereka, 18 yang lain menyaksikan penurunan dengan tujuh daripada mereka kehilangan sekurang-kurangan satu perempat daripada kekakyaan mereka.

Tan Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Melayu paling kaya dan seorang bilionair, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersihnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion.

Senarai Individu Kaya muncul dalam terbitan 2 Jun Forbes Asia.

10 Individu terkaya di Malaysia:

1) Robert Kuok, AS$10 billion.

2) Ananda Krishnan, AS$7.2 billion.

3) Lee Shin Cheng, AS$5.5 billion.

4) Teh Hong Piow, AS$3.5 billion.

5) Lee Kim Hua & keluarga, AS$3.4 bilion.

6) Quek Leng Chan, AS$2.4 bilion.

7) Yeoh Tiong Lay & keluarga, AS$2.1 bilion.

8) Syed Mokhtar Al-Bukhary, AS$1.8 bilion.

9) Vincent Tan, AS$1.3 bilion.

10) Tiong Hiew King, AS$1.1 bilion.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=334686

Sunday, March 1, 2009

Pengaruh Jenama, Status Dlm Budaya Setempat


Memakai pakaian berjenama mahal mungkin penting bagi sesetengah orang. Jika memakainya membuatkan kita nampak lebih berketrampilan dan berkeyakinan, pakailah. Itu tidak menjadi kesalahan. Namun, masih ada segelintir yang memakai pakaian berjenama hanya untuk menunjuk-nunjuk atau bertanding sesama sendiri.


Pertandingan tanpa kalah menang ini tiada untungnya kerana kadang-kala, orang yang ingin dipertandingkan itu tidak tahu langsung mengenai kewujudan 'pertandingan'. Dalam pada itu, ada yang memakai pakaian berjenama mahal dari luar negara mempamerkan statusnya kepada masyarakat.


Sungguhpun tidak dinafikan status dan jenama sering kali dikaitkan, hakikatnya tiada peraturan yang memperuntukkan individu berstatus tinggi perlu memakai pakaian jenama luar negara. Keputusan itu adalah satu pilihan, sama ada ingin memakainya atau tidak. Jika memang kita suka dan mampu memakainya, maka sekali lagi, pakailah.


Namun, hubungan rapat antara jenama luar negara dengan status seseorang kadang-kala membuatkan sesetengah daripada kita sanggup 'berhabis' untuk kelihatan bergaya. Ada juga yang sanggup berjimat dalam perbelanjaan seharian hanya kerana mengumpul wang untuk membeli beg tangan berharga ribuan ringgit.


Pertimbangan ini berbeza antara individu. Mungkin ada yang kurang setuju dengan cara ini dan sebaliknya. Dalam hal ini, apa yang penting ialah kita tidak memakainya dengan niat menjelaskan kepada orang lain yang kita ini berstatus tinggi.

Memanjakan diri dengan barang berjenama, mahal dan berkualiti tidak salah, seperti ada sesetengah orang yang suka memberi hadiah kepada dirinya sendiri selepas penat berkerja. Memang berbaloi membeli beg

atau kasut berjenama dan mahal kerana selalunya ia tahan lama. Justeru, memakai pakaian berjenama tidak salah selagi kita tidak berniat songsang, iaitu menunjuk-nunjuk dan 'bertanding-tanding.'


Bagi yang melihat jenama luar negara mencerminkan status diri, mungkin perspektif sempit ini perlu diperluaskan. Tiada syarat mengatakan orang yang berjaya dan berharta perlu memakai pakaian mahal untuk tampil kepada masyarakat dengan pengecualian sesetengah perhitungan dalam dunia perniagaan.

Pelajar universiti atau pekerja awam taraf profesional tidak pernah diwajibkan untuk bergaya berjenama semata-mata untuk 'membeli' atau 'mempertahankan' status diri. Perbuatan tidak matang ini kadang-kala memakan diri. 'Biar papa asal bergaya' mungkin satu pepatah yang terlalu kuno untuk zaman moden yang lebih terbuka ini.


Persoalannya, sampai bilakah status yang dibeli dapat bertahan? Jika dilihat sendiri bagaimana profesor di United Kingdom (UK) di sini hanya berbasikal dan memakai pakaian yang 'biasa-biasa' saja setiap hari, mungkin pemerhatian ini boleh memberi perspektif lebih luas mengenai 'status' seseorang.


Senario ini ada kaitannya dengan dimensi budaya yang berbeza-beza dari satu negara ke negara yang lain. Profesor Geert Hofstede, sarjana Belanda yang mengkaji dimensi budaya berbeza-beza bagi 56 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia mendapati Malaysia antara negara yang berada pada tahap Jarak Kuasa Yang Tinggi (High Power Distance) dalam indeks dimensi budayanya.


Jarak Kuasa Yang Tinggi merujuk kepada keadaan yang mana ahli masyarakat menjangkakan dan menerima hubungan kuasa yang tidak setara dan autokratik. Antara contohnya, golongan yang berstatus tinggi dijangkakan dan memang diberi layanan berbeza berbanding golongan biasa dan hal ini diterima baik semua.


Penampilan luaran menjadi antara ukuran awal dalam mempertimbangkan layanan. Selain Malaysia, negara lain yang mempunyai Jarak Kuasa Yang Tinggi ialah Slovakia. Austria dan New Zealand pula antara negara yang mempunyai Jarak Kuasa Yang Paling Rendah di dunia.


Di negara Asia misalnya, budaya mengagungkan status dan kebolehan menunjukkan kuasa dan status itu berada pada tahap tinggi. Jika berstatus, tetapi tidak ditunjukkan kepada masyarakat, kita akan seolah-olah dilihat tidak berkuasa dan tidak berpengaruh.


Keadaannya berbeza di UK, dengan individu yang berstatus tinggi dan profesional tidak dinilai daripada penampilan. Peratusan Jarak Kuasa Yang Tinggi daripada kajian Hofstede untuk UK mencatatkan hanya 30 peratus berbanding Malaysia 70 peratus.


Profesor berbasikal ke universiti tidak dikutuk 'kedekut' atau tidak berduit, tetapi tindakannya berteraskan faktor kesihatan. Pendapat ini diterima ramai dan sudah menjadi budaya setempat. Dalam hal ini, untuk kita keluar

daripada kepompong pemikiran yang sempit tadi, kita perlu perlahan-lahan membuka minda untuk mengurangkan pengaruh kuasa yang berlebih-lebihan dalam masyarakat.

Memahami kajian ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku di negara kita ini tidaklah universal dan boleh diperbaiki. Lebih-lebih lagi, ia tidak membawa kita ke mana-mana malah mewujudkan jurang di kalangan ahli masyarakat.


Namun, tidaklah kita menyangkal terus minat sesetengah orang memakai pakaian mahal. Yang penting, kita ubah persepsi masyarakat yang mengaitkan jenama luar negara dengan status tinggi. Ini hanyalah persepsi dan kita tidak perlu terikat dengan persepsi yang kita bina sendiri sepanjang zaman.


Dengan mengubah persepsi ini, sekali gus kita dapat mengurangkan masalah pelajar universiti yang cuba menaikkan status diri dengan membazirkan wang pinjaman pendidikan untuk membeli barang berjenama atau segelintir individu yang mengorbankan agama, moral dan etika hidup semata-mata bagi mendapatkan kemewahan yang kononnya berkait langsung dengan status dan rasa hormat masyarakat kepadanya.


Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), kini melanjutkan pelajaran

peringkat doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20090227230510/Article/

* Ahad, 28 FEB 2009

* 3 Rabiulawal 1430

Monday, February 23, 2009

Pernikahan Online Pertama di Arab Saudi

krdt:http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2901

Oleh
paspenang

"JEDDAH - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah.

Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.



Hukumnya Boleh dan Pernikahannya Sah

Sementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertamakalinya mengelola acara pernikahan semacam ini.

"Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik," katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan "mode baru" ini adalah boleh dan sah.

"Pernikahan seperti demikian hukumnya sah," jelasnya.



Berita selanjutnya (Bahasa Indonesia) : http://eramuslim.com/berita/dunia/untuk-pertamakalinya-pernikahan-via-cyber-digelar-di-saudi-arabia.htm
"

Sunday, February 22, 2009

Bapa Tajol Rosli~Krisis Perlembagaan Perak~

'Bapa Tajol Rosli juga tidak letak jawatan...'

Azamin Amin

Sun | Feb 22, 09 | 5:59:36 am MYT

SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajol Rosli juga tidak meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Idris Shah.

Ketika itu tidak ada satu 'suara' daripada Umno yang mengatakan bahawa keengganan Ghazali itu sebagai menderhaka kepada Sultan bahkan menyokong sebagai tindakan yang mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Demikian dijelaskan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung sejarah dan isu lantikan dan perletakan jawatan seseorang menteri besar di negeri ini.

Sultan Idris Shah tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua namun atas nasihat beberapa pihak, baginda melantiknya semula dengan syarat hanya selama dua tahun dan dipersetujui namun setelah 'tamat' tempoh, Ghazali tidak meletakkan jawatan.

Sultan ketika itu kata Nizar tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertakluk kepada undang-undang negeri yang mana tidak ada kuasa memecat atau mengarahkan menteri besar meletakkan jawatan.

"Bapa Tajol Rosli juga enggan letak jawatan walupun dititahkan Sultan dan mentadbir negeri selama dua tahun, kemudian meletakkan jawatan secara sukarela dengan nasihat Presiden Umno," katanya dalam ceramah di Kg. Serigala, dekat sini semalam.

Malah ketika itu Pemuda Umno mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali itu dan dilaporkan Pemuda Umno pernah mengeluarkan kenyataan yang bermaksud:"Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno."

Gara-gara keengganan Ghazali itu kata Nizar menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda.

"Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

"Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak.

"Sekarang mana dia Tajol Rosli? Senyap saja...iyelah ayah dia pun pernah kena macam ini juga." kata Nizar disambut sorakan ketawa lebih 1,000 hadirin yang membanjiri pekarangan markas PAS Kg Serigala.

Nizar menjelaskan bahawa istilah 'sembah derhaka' yang dipersembahkan kepada Sultan Perak telah disalah tafsirkan sebagai menderhaka akibat manipulasi pihak media yang ingin menjejaskan imej beliau sebagai MB yang sah.

"Itu istilah yang diguna dalam istana dan ketika berhadapan dengan Sultan membawa maksud, tidak setuju bukan istilah yang diguna orang awam sebagai derhaka yang sebenarnya," katanya dan turut yakin orang ramai khususnya rakyat Perak tidak terpedaya dengan 'hasutan' dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.-azm _


http://harakah.hizbi.org/index.php?option=com_content&task=view&id=19515&Itemid=1

Wednesday, February 18, 2009

Ivanka Trump Kongsi Resipi Perkukuh Jenama

The Global Brands Forum


IVANKA Trump, personaliti popular yang dikaitkan dengan kejayaan perniagaan hartanah mewah keluarganya, Trump Organization, mempunyai resipi tersendiri mengukuhkan jenama syarikatnya di peringkat global.

Bekas model yang kini Naib Presiden (Pembangunan Hartanah dan Pengambilalihan) Trump Organization, berkata pada dasarnya, proses pembinaan jenama bagi sesebuah syarikat hartanah membabitkan aspek seperti melaksanakan kerja perhubungan awam dan publisiti dan seterusnya melakukan pemasaran serta jualan.

Bagaimanapun, katanya, perkara lebih penting ialah sesebuah syarikat hartanah itu perlu membabitkan diri dalam segenap aspek proses pembinaan bangunan baru iaitu daripada reka bentuk, pembinaan, pemasaran, jualan dan menguruskan bangunan yang dibina.

"Untuk berjaya sepenuhnya dalam bidang ini, sesebuah syarikat hartanah itu perlu terbabit sepenuhnya dalam proses pembangunan projek, daripada peringkat reka bentuk hinggalah kepada operasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika muncul secara teknik 3D bagi menyampaikan ceramahnya pada hari terakhir Global Brand Forum Malaysia di Seri Kembangan, semalam.

Ivanka turut menjelaskan untuk mengukuhkan jenama Trump kepada kedudukan sekarang, banyak kerja diperlukan dan tiada jalan singkat untuk mencapainya.

Katanya, rahsia Trump untuk menjadi jenama pilihan adalah dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan cemerlang dan bekerja keras.

"Hari ini, ramai orang hanya ingin mencari jalan mudah untuk kejayaan tanpa mahu bekerja keras. Saya diajar sejak kecil mengenai pentingnya kita bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikan dalam hidup dan berusaha mencapainya," katanya.

Kejayaan jenama Trump, kata beliau, juga terletak kepada publisiti media secara meluas yang dilakukan firma itu supaya jenamanya lebih dikenali pengguna.

"Personaliti seseorang itu juga menjadi rahsia utama kejayaan syarikatnya," katanya.

Ivanka terbabit dalam pengurusan pembangunan bangunan baru Trump di Amerika Syarikat dan bertanggungjawab membawa jenama Trump International Hotel & Tower ke pasaran dunia termasuk di Eropah dan Asia.

Beliau pernah muncul sebagai penasihat perniagaan dalam program realiti televisyen popular, The Apprentice.

http://www.bharian.com.my/bahagian ekonomi 6 disember2008

Tuesday, February 17, 2009

Dasar Bumi Hijau Benteng Krisis Ekonomi

Dasar Bumi Hijau benteng krisis ekonomi
Hishamuddin Rais
Oct 17, 08 4:19pm


Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita dibawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 cukup cerah.Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain, Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion pound untuk tujuan yang sama.Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah dimiliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh.

Dari mana asal-usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini?
Semua ini berpunca daripada asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengetepikan peranan daulah dan membuka pasaran bebas.Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengetepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila presiden Nixon memansuhkan Perjanjian Bretton Woods.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika Syarikat sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengoyak-rabakkan ekonomi negara itu. Berbilion-bilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.Yang menjadi ganti Perjanjian Bretton Woods ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya di Asia, Afrika dan Amerika Latin telah dipaksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika.

Justeru semua jual beli di antara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petroleum wajib menggunakan dolar Amerika.Hasil awal daripada tindakan dasar ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 1970-an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.
Rupa-rupanya langkah Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian, semuanya berulang kembali.

Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq-Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik' telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka rasminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar.Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan di antara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan pakar ekonomi Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru, peperangan di Iraq dan Afghanistan sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.Dalam masa yang sama, dasar neoliberal juga telah memberi ancaman. Banyak peraturan jual-beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah dilupuskan atas paksaan perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atau atas nasihat Bank Dunia. WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang diwujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa gangguan. Dua lembaga ini menganjurkan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.

Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan daripada serangan dasar penswastaan yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.
Selain perbelanjaan perang dan dasar neoliberal ini, ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis itu sendiri. Di zaman meleset pada 1929, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.

Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – kedua-duanya datang sekali gus. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh-bangun setiap sepuluh tahun – 1974, 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini berbeza.Kali ini bukan hanya pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi - ia lebih daripada itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan, malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.
Dalam suasana nilainya jatuh, Rezab Persekutuan – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Bank pusat Amerika Syarikat itu terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan eksport utama negara itu. Hasilnya, ada lambakan dolar di pasaran dunia.

Apabila dolar melambak, maka nilainya semakin merosot - samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada 1941-1945.Untuk memastikan dolar terus diterima pakai, kuasa imperial menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual-beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus diingat, salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana presiden Iraq itu telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak.

Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai mata wang itu.Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh dengan menanam padi, hasilnya beras

Perniagaan bentuk baru - tidak membuat apa-apa barangan - ia hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang daripada beratus-ratus peniaga bentuk ini.Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai perjudian. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ia tidak menghasilkan apa-apa barangan. Jenis perniagaan ini muncul hasil dasar neoliberalisma. Peniaga jenis ini akan berbondong-bondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.

Kita tidak nampak mereka kerana semuanya bersarang di Wall Street, New York dan London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’, maka harta dan titik peluh kita mengalir ke kantung mereka.Gejala inilah yang berlaku sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997. Dalam masa kurang lebih enam bulan, krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila keadaan ini berlaku, maka banyak kilang akan ditutup. Ramai yang akan hilang pekerjaan.

Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat.Bumi Hijau bermakna kita menganjurkan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai, kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.

Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan cip komputer kerana ia bukan potato chips.Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh, pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai daripada dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidak lama lagi.

http://www.malaysiakini.com/columns/91466
Related Posts with Thumbnails