Tuesday, November 15, 2011

Antara Malaysia dan Eropah


[Ekonomi]Zon eropah yang kini mengalami krisis hutang yang teruk mempunyai kekuatan tersendiri daripada ahli2 kesatuan eropah sendiri bg menyelesaikan hutang negara2 terbabit. Tetapi jika dilihat dalam ruang ekonomi Asia tenggara khususnya, mekanisma ini tidak akan berlaku dan sekiranya Malaysia gagal menguruskan ekonomi dgn baik, Masalah hutang kita akan menyebabkan ekonomi negara tidak dapat diselamatkan drpd kehancuran sebuah 'ekonomi negara'. Rakyat Malaysia amnya akan terbeban dgn segala kesusahan kerana jalan yg ada hanyalah "Rakyat haruslah sama-sama membantu kerajaan menyelesaikan masalah"

Friday, September 9, 2011

Rakyat tuan kepada Kerajaan


Kita hari ini dibuai dgn rasa "ketiadaan" kuasa dsbbkn kita sudah lama tertipu dgn terlalu menghormati org2 kaya dan bangsawan yg memerintah sehinggakan kita hari ini terlalu mudah ditindas. kita merasakan kita tidak boleh berbuat apa2 dan Kerajaan sesuka hati menindas. Dlm kes cukai prepaid dan sim, dikatakan syarikat BESAR negara mengenakan cukai atas kemerosotan keuntungannya. Knp harus membiarkan rakyat ditindas.Dmana kerajaan untuk menghalang syarikat2 ini dAri terus menindas pengguna? Apa peranan kerajaan yg kita pilih??Kalau kerajaan ini tidak mempunyai kuasa,apa guna memerintah?apa guna ada kerajaan?.Lebih baik buang kerajaan ini dan pilih kerajaan yg mampu meletakkan suara kita lebih drp penyangak kpd org bawahan sbb kerana kitalah kerajaan terbentuk.Kerajaan xterbentuk sendiri. Xda rakyat xada Kerajaan. Ada rakyat ada lah kerajaan.Fikirkan Siapa yg lebih berkuasa! rakyat atau kerajaan?

Kenapa kita perlu senyap dan hanya bercakap di kedai2 kopi untuk menyuarakan keluhan dan rasa tidak puas hati. Seharusnya kita memBESARkan suara kita supaya golongan bangsawan yg memerintah ini tidak sewenang2nya menafikan kuasa yang kita ada. Seruan untuk bangkit untuk menyuarakan keluhan telah tiba! Semua harus bangun dan jgn membiarkan org melihat kita kecil yg blh dipijak2.

Thursday, September 8, 2011

Tuan yang angkuh, hamba yang bodoh

Adakah wajar mengenakan caj 6% untuk setiap pembelian kad tambah nilai?Semasa belanjawan 2011 baru ni Kerajaan mhapuskan duti import (5%-30%) utk 300 brg kegemaran pelancong & rakyat tempatan.Antara barang2 adalah:

Beg tangan
Kasut
Baju kanak-kanak
Bola golf
Bedak talkum
Syampu
Selimut
Cadar
Kemeja
Baju tidur
Pakaian dan pakaian malam
Seluar dan seluar dalam
Wangi-wangian

tapi hari ini Topup reload ko buat cukai?Sape y pakai SELUAR DALAM dr luar negara?org kampung pakai seluar dalam import ke?

BERNAMA - Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

Siapa pejuang?

Apabila kita kembali ke zaman sebelum 31 Ogos 1957, Kita bukan pemerintah ttp kita DIJAJAH oleh penjajah British. Tp hari ini di TV dan suratkabo(media) sedang mengagong2kan penjajah British dan pengikut2nya. Sedar x? Kita harus mengenang pejuang2 negara yg mempertahankan negara dan menghalau penjajah dari negara kita tak kira perjuangan itu dengan kudrat atau darah sekalipun. Perjuangan ini juga terpaksa bertembung dengan bangsa sendiri yg menjadi pengawal dan driver kpd penjajah.

Lihat berita-berita hari ini, mereka mengelar penyelamat British sebagai pejuang kemerdekaan yg mempertahankan negara. Betulkah mereka dari golongan pejuang tanahair?atau pejuang British?

Wednesday, September 7, 2011

Spesifikasi World Islamic Mint





Akhir zaman akan lenyaplah kebatilan

Yang kekal bernilai di sisi manusia tinggallah:

a) sungai
b) telaga
c) bahan galian (emas, perak, zamrud, berlian, batu2 permata, minyak)
d) ternakan
e) tanaman
f) kampung (kawasan bandar akan jadi huru-hara)
g) anak yang soleh & solehah

Monday, September 5, 2011

Mat Indera

Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Sunday, September 4, 2011

Akhlak : Jangan bertindak berlebih-lebihan

Kl kereta tu namanya kancil, pusing2 pun ttp kancil jgk xkn jd kelisa!..pandu la laju manapun xkn bertuko jd civic.. modified la hebat manapun takkan jd BMW.. Sedarlah ekzos besar pun xgune.. myusahkan org!!!

Inilah budaya kita yg gagal memahami sikap dan niat menggunakan kemudahan yang ada. Seharusnya kita bertindak secara profesional dan matang serta bersederhana dalam kehidupan dunia.

Kita boleh melihat ini adalah sikap kita gagal bertindak sbg seorang muslim yang berakhlak. kerana inilah semua pengguna seolah2 samseng dlm kehidupan..

Tuesday, August 30, 2011

Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

-Bharian

There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri.. - UNknow

Monday, August 29, 2011

Logam berharga atau Duit yang tidak berharga..

kita semua tahu harga emas naik berganda-ganda sejak zaman nenek moyang kita lagi. Pada zaman 60an dahulu harga emas cuma beberapa ringgit shj untuk 1gram tttp sejak kebelakangan ini harga logam emas ini melepasi nilai Rm200 untuk 1gram. Itulah penggunaan istilah "harga emas naik berganda-ganda"

Tetapi persoalannya, adakah benar harga "naik berganda-ganda"

saya cuba bawa anda semua berfikir ttg "harga emas naik berganda-ganda".Pada zaman rasullullah, matawang yang digunakan adalah emas dan perak iaitu dalam istilah perniagaannya adalah Dinar dan Dirham.

Ada yg menceritakan bahawa seekor kambing semasa zaman rasullullah adalah berharga 1Dinar. Ketika negara kita mencapai kemerdekaan dan penggunaan wang kertas, seekor kambing berharga beberapa puluh ringgit shj dan sekarang harga kambing seekor melebihi Rm700. Dalam situasi selepas kemerdekaan Malaysia, jika diukur dalam matawang Dinar seekor kambing berharga 1Dinar dan kini 1Dinar juga boleh membeli seekor kambing.

Kita boleh melihat sendiri bagaimana seekor kambing mempunyai suatu harga yang berbeza jika dihitung dgn menggunakan dua bentuk matawang. jelas di sini Islam telah menjelaskan

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yg tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Kekuatan ekonomi bangkit dari Diri sendiri

hadith Nabi SAW, yang bermaksud, “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bagunan, kuat menguatkan antara satu sama lain.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Yusuf al-Qaradawi pernah berkata: “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hudip di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak berani di bumi kita,tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…. Jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar , pengimport bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai dalam menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms. 12-13, cetakan muasasah al-Risalah, Beirut.) .

Tuesday, May 10, 2011

Dh hAbis cEriTa Sem nII..... part1


Selamat semua.. yang baik mungkin terlihat hanya dimata tapi yang indah terpancar dari hati...
hari2 exam dah lama lepas tapi masih lagi duk hujung utara. tiada yang indah disini tapi dek kerana komitmen dan tanggungjawap rela jgk untuk memberi yang terbaik kepada orang yg memberi yang terbaik untuk ak...
knp lah antara kita ni terlalu "terpaksa" untuk melakukan benda yang dh jadi tanggungjawap...
susah sgtkah nk bagi tanggungjawap..sanggup kutuk2 org,sanggup hina diri sendiri semata2 nk lari cuci tangan...pe barang...

pengalaman dua thn ak duk cni banyak ajar ak erti hipokrit dan pembodohan ... tp ak tetap hormat org2 yg sanggup mengorbankan masa dan kudrat membantu aku..anda memang terbaik.... dan yang hebatnya bagi ak sem ni adlh ak dh nampk kualiti akn menghapuskan kuantiti. kita xperlu ramai org tuk berjaya tap kita memerlukan ckit org yang boleh bg sepenuh komitmen dalam kerja kita...\ni lah yg ak dapat.
thank kekawan..segala jasa baik anda tak terbalas...

Friday, April 22, 2011

Kau cerca diri sEndIri#



manusia ni suka makan budi org. suka sgt harapkan org lain tapi gila nk cari org puji diri dia. mmg patut bagi ak "xfaham:\"
macam mana la nak terima manusia yang jenis suka minum darah rakan sendiri. sifat keji lagi jijik yang terlindung dalam diri sendiri. keji
orang dia nmpk tapi jijik diri sendiri langsung xnampak. bahagia sangat akan rasa bangga diri tp hakikatnya bagai tin karat yang kosong dan berlubang2....
aku pun dah penat layan kerenah org2 camni. bila la manusia jenis ni nak sedar diri dan berubah sifat. ni la aku selalu fikir..
harapan ak moga diorg sed0r bahawa "sakit" tu dah busuk sampai ke USUS

Tuesday, February 1, 2011

Hadiah Istimewa untuk rakyat Malaysia

Tahniah Yb baru DUN Tenang, selamat berkhidmat sye ingatkan untuk Yb di sana. jalankanlah tugas dengan amanah dan ikhlaslah berkerja untuk Semua rAkyat Dun Tenang. Kempen2 dh habis , sekarang masa untuk anda berkerja menjadi kuli kepada rakyat. InGat! YAng Berkhidmat(YB) bukan tuan kepada Rakyat kerana Yb diangkat oleh rakyat.
sekiranya rakyat tidak mengundi YB bermakna YB tidak dipilih untuk menjadi YB. OlEh itu Rakyat adalah kuasa kepada YB.

Tahniah jugak buat barisan nasional kerana bertungkus lumus memenangkan calonnya. Sye arap pemilihan calon ni adalah yang terbaik untuk rakyat dan penduduk DUN Tenang.

"Jangan gadaikan lagi Tanah2 rakyat YB"

Buat pengetahuan semua Calon BN menang dalan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari yang lepas dengan majoriti 3707 menewaskan calon PAS Cikgu Mala. meningkat lebih 1000undi berbanding semasa pilihan raya umum tahun 2008. ini memberi keyakina yang lebih but barisan nasional(BN) untuk mentadbir negeri Johor serta menjadi kerajaan kuat di peringkat Persekutuan (Federal).

Seluruh rakyat Tenang bergembira menyambut kehadiran YB baru dan menjerit keriangan. tidak lupa juga para pemimpin Bn yang merasa lega dengan perkembangan ini yang dilihat Rakyat sudah kembali menyokong kerajaan dan rakyat kini mendokong wawasan negara untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi tahun 2020.

HARAPAN rakyat untuk melihat hadiah pertama selepas pilihan raya kecil ini menjadi kenyataan selepas semua pihak berjanji bagi mendapatkan sokongan dalam kempen2 sebelum pilihan raya kecil ini. berTuah kerajaan BN yg amat prihatin tentang masalah penduduk seluruhnya. Tanpa menbuang masa Kerajaan dengan Kuasanya menHADIAHkan keNAIKan harga minyak 10sen untuk RON97. Tak sempat rakyat terfikir apa yang kerajaan akan hadiahkan selepas kemenangan besar ini tp kerajaan dengan keprihatinan dan caknanya memberikan hadiah istimewa untuk rakyat tenang dan SeluRuh Rakyat Malaysia. TERsenyum LEBAR kita semua dengan 'ang pow' segera kerajaan.

Tersentak dan senyum lebar Rakyat jelas nampak dek berita MINYAK naik.TERIMA KASIH kerajaan yg amat prihatin kepada rakyatnya. Rakyat diDahulukan Pencapaian Diutamakan katakan.

Apa2 pun kita Tunggu pilihan raya kecil seterusnya di DUN Merlimau sape yang menang dan saiapa yang bertanding. paling penting apa HADIAH seterusnya unt8uk kebahgiaan Rakyat. kita tunggu sama-sama.

"Pemimpin Dijulang Rakyat Dikorbankan"

Monday, January 31, 2011

MinYak Naik 10Sen je.

Naik lagi..

Dah gempar sumber2 berita malam ni yang mInyak nak Naik 10sen. Cuba tanye pakcik2 kat Kmpg SeBelah tu aPa kate dioRG. "Alah..Seposen je pun" "pakcik xguna RON97, pakcik guna 95"

tapi tu kate org2 tua. Apa Plk kaTe org-org muda. "lePas naik Ron 97, tunggu la nnt naik pulak minyak RON 95". tu la hakikat pemimpin yang suka pusing.

Sye mengajak semua cuba bukak ati tu, Org2 yang duk wak naik minyak ni sape? dia guna kereta apa? merc, BMW, Lexus..Volvo.. tu yg dia pakai. rakYaT cam kita ni sejuk la ati kate dia yang kene bayaq LeBih. Tapi BOHONG. Menipu, org2 ni yang suka menyusahkan rakyat yg sesak ni, yg KayE raye naik kreta minyak PERCUMA. Minyak xyah bayar. sampai masa cliem duit minyak kate kerja luar daerah. Buat kerja luar kawasan, jaUh. seSEN pun xkeluar Duit. HaTTa kereta kerajaan pun dia sapu buat cam harta sendiri.

ESok minyak RON 97 naik. sye nasihat kepada semua, bukan ku suruh simpan minyak banYak2 tapi cuba baca semua akhbar edisi esok,Selasa 1FEB. Banyak la yang duk menjadi pengaMPU Org2 besar ni. yg Rakyat ni langsung tak Ambil kira. jerih payah nk tanggung barang2 harian yg makin naik. bagi sye bukan soal RON97 atau 95 tp derita org bawah ni sape nk tanggung.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini dan sok naik lagi 10sen. tapi kl 200Liter sebulan, berapa seme kene bayar? Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

FIKIRlah wahai semua, keadaan kita sekarang apabila kita pusing dan berpusing2, siapa yang akan dapat untung dan siaPa yang DiPerbodohkan.

Saturday, January 29, 2011

Dah 50tahun Merdeka tp masih Buta


Cuba baca keratan berita online ni. tak faham2 lagi ke camnE cara hidup muslim kat malaysia ni. Tak Knal ke Islam cmne? kAt Mlaysia ni xda orang yang reti2, yg p4ndai2 bab nk ajar org2 bukan islam tuk faHam cara dan Budaya org islam camne? KatE negara ISLAM, negara ISLAM termoden konon tp Org bukan ISLAM x jgk knl ngn islam. Apa masalahnya Bro...

"(Normala) memakai sarung tangan ketika berjabat tangan. Jika anda boleh menerima nilai Islam sebegini, undilah PAS," katanya.

Keceluparan Soi Lek ini disambut beberapa pemimpin utama MCA dan Gerakan seperti Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen, Chua Jr, Fong Chan Onn dan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe.

Yen Yen dilaporkan berkata, "... mengapakah (Normala) membesar-besarkan isu berjabat tangan dengan pengundi lelaki?"

Chua Jr dalam laman Twitternya menyebut, "Normala memakai sarung tangan dan pembantunya sedang berjabat tangan bagi pihaknya. Sudah pasti dia akan mendakwa faktor kesihatan atau pun sebab peribadi."

Chan Onn menyindir melalui Twitter, "Apa akan berlaku jika (Normala) nampak seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu?" dan menambah, "Tidak bersalam adalah langkah pertama ke arah pengasingan jantina. Selepas itu lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berada dalam dewan yang sama..."

Lian Hoe pula berkata, "Bukan saja lelaki, tetapi dia juga memakai sarung tangan apabila berjabat tangan dengan perempuan. Ini tidak peramah, seolah-olah dia menganggap tangan kami ini kotor."

kome2 seme baca la berita ini. pa pemimpin iSlam kita buat. s4pe nk dakwah org2 bukan islam ni supaya diorg knl apa itu ISLAM? org angkat jd pemimpin tp tanggungjawap x selesaikan. Mereka ni buat pe?enak duk kat takhta je ke? cuma rebut kuasa, rebut harta nk jd kaya RAYA.

RAKYAT BERKUASA bro!ayuh semua bangkit cari hidup yang selesa..hindari dr peniPU dan PEnipuan

Sunday, January 23, 2011

Permulaan cerita EKONOMI


Dulu mak ayah kita berkerja separuh nyawa untuk membesarkan kita tapi dengan wang yang sikit boleh menyara hidup anak yang ramai bukan 5 6 orang tapi 10orang. Rumah kecil yang daif beratapkan zink kekuningan mampu melahirkan anak-anak yang Berjaya. Anak-anak merdeka hari ni dah xmerasa kepritan hidup dulu, sekarang kita dilempahkan engan berbagai teknologi yang orang kata semua dihujung jari.

Hari ini bukan itu yang ingin dipersoalankan tetapi keharmonian hidup yang harus dipersoalankan. Kerana apa? Cuba kita fikir adakah sekarang kita aman?harmonikah hidup kita kini?

Saya suka bercakap soal ekonomi kerana saya bukanlah seorang ahli ekonomi tetapi sebagai seorang yang terdedah kepada bidang ini saya amat gemar untuk berbicara soal ini. Sayaingin mengajak pembaca berfikir dan saya mengharap pembaca sendiri yang menyelesaikannya. Bukan saya gagal memberikan jawapan kepada penyelesaian ini tapi anda sebagai seorang yang hidup yang mengasak kita untuk kenal hidup dan perkembangan ekonomi. GAGAL mengenal perkembangan ekonomi maka kita gagal mengubah pemikiran kita dan kita akan GAGAL dalam kehidupan hari ini(kita akan ditindas)

Sebagai permulaan penulis mengajak semua untuk mengenali EKONOMI dan tugas semua untuk tahu Apa kesan ekonomi terhadap kita.
Related Posts with Thumbnails