Friday, December 3, 2010

Susah betul orang kaya tak tahu untung. RAKYAT BANGKIT!!


Dah lama x luahkan isi hati, ari ni ak nk ambil peluang nk kutuk ckit orang2 xtahu untung. yang kaya terus rase diri besar dan yang hidup biasa2 nilah yang terpaksa terima azab. Cuba kita fikirkan dan renungkan, sape yang susah payah siang malam berkerja dengan tulang empat kerat ni? siapa yang bersusah payah memajukan negara sampai negara Malaysia ni berkembang sampai jadi cam ni sekarang.

Ak ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia ari ni sempena tanggal 13 Disember 2010, kerajaan yang perihatin dengan slogan mengarut RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN telah sedaya upaya menolong rakyatnya yang miskin ni dengan menaikkan barang2 penting yang menjadi keperluan harian. Minyak mmg bukan ruji makanan, xda org makan minyak petrol tp kenderaan guna petrol nk bergerak, bukan tu sj, buat naik gula pulak.. PE kejadahnya ni. Nak rasionalisasi SUBSIDI diaorang cakap tapi siapa yang tanggung periknya hidup ini.

RAkyat pulak diBODOHkan dengan bahasa indah surat2 khabar pembohong dikatanya SUBSIDI BAHAN API,GULA DIKURANGKAN. Ayat untuk sedapkan hati rakyat. Nak ambil hati konon. Inilah media massa pembawa bencana kepada rakyat bawahan, menjadi ALAT pengampu golongan pemimpin yang seronok dengan kuasa dan takhta sehingga lupa siapa yang mengangkat Orang2 ini untuk berkuasa.

Ni lah Bahasa Media Pengampu, Bukan nak menolong memberi kesenangan rakyat tapi lagi menyusahkan ada!!

Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap
liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG)
dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa Sabtu.

Berikutan pengurangan
subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG
RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi
subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.


Aku seru seluruh Rakyat MALAYSIA, BANGKITLAH dari diperbodohkan dengan ayat2 manis penipu. BERUBAHLAH untuk mengajar para PEMIMPIN yang leka dengan kuasa diorang tu. Orang2 kampung!! janganlah termakan duit seratus dua tu sekadar rasuah undi tu, SEDARLAH kita bukan golongan yang mudah tertipu denagn kekaburan Habuan di hadapan mata. KITA MEMILIH PEMIMPIN BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN TETAPI SEBAGAI PEMBANTU DIKALA KITA SENANG DAN SUSAH.

Berubah lah Wahai orang2 kampung, Aku jugak orang Ulu tapi minda dah terbuka dah dek pemimpin yang mengenyangkan perut masing2 sahaja. Buanglah pemimpin jenis ni, biar mereka ini sedar langit tinggi atau rendah

AKU PROTES SAMPAI HARGA BARANG TURUN!!!!!


Cuba anda semua baca Berita ni, BERNAMA HARAM!!menipu..TANG mana kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin?
Related Posts with Thumbnails