Memakai pakaian berjenama mahal mungkin penting bagi sesetengah orang. Jika memakainya membuatkan kita nampak lebih berketrampilan dan berkeyakinan, pakailah. Itu tidak menjadi kesalahan. Namun, masih ada segelintir yang memakai pakaian berjenama hanya untuk menunjuk-nunjuk atau bertanding sesama sendiri.
Pertandingan tanpa kalah menang ini tiada untungnya kerana kadang-kala, orang yang ingin dipertandingkan itu tidak tahu langsung mengenai kewujudan 'pertandingan'. Dalam pada itu, ada yang memakai pakaian berjenama mahal dari luar negara mempamerkan statusnya kepada masyarakat.
Sungguhpun tidak dinafikan status dan jenama sering kali dikaitkan, hakikatnya tiada peraturan yang memperuntukkan individu berstatus tinggi perlu memakai pakaian jenama luar negara. Keputusan itu adalah satu pilihan, sama ada ingin memakainya atau tidak. Jika memang kita suka dan mampu memakainya, maka sekali lagi, pakailah.
Namun, hubungan rapat antara jenama luar negara dengan status seseorang kadang-kala membuatkan sesetengah daripada kita sanggup 'berhabis' untuk kelihatan bergaya.
Pertimbangan ini berbeza antara individu. Mungkin ada yang kurang setuju dengan cara ini dan sebaliknya. Dalam hal ini, apa yang penting ialah kita tidak memakainya dengan niat menjelaskan kepada orang lain yang kita ini berstatus tinggi.
Memanjakan diri dengan barang berjenama, mahal dan berkualiti tidak salah, seperti ada sesetengah orang yang suka memberi hadiah kepada dirinya sendiri selepas penat berkerja. Memang berbaloi membeli beg
atau kasut berjenama dan mahal kerana selalunya ia tahan lama. Justeru, memakai pakaian berjenama tidak salah selagi kita tidak berniat songsang, iaitu menunjuk-nunjuk dan 'bertanding-tanding.'
Bagi yang melihat jenama luar negara mencerminkan status diri, mungkin perspektif sempit ini perlu diperluaskan. Tiada syarat mengatakan orang yang berjaya dan berharta perlu memakai pakaian mahal untuk tampil kepada masyarakat dengan pengecualian sesetengah perhitungan dalam dunia perniagaan.
Pelajar universiti atau pekerja awam taraf profesional tidak pernah diwajibkan untuk bergaya berjenama semata-mata untuk 'membeli' atau 'mempertahankan' status diri. Perbuatan tidak matang ini kadang-kala memakan diri. 'Biar papa asal bergaya' mungkin satu pepatah yang terlalu kuno untuk zaman moden yang lebih terbuka ini.
Persoalannya, sampai bilakah status yang dibeli dapat bertahan? Jika dilihat sendiri bagaimana profesor di United Kingdom (UK) di sini hanya berbasikal dan memakai pakaian yang 'biasa-biasa' saja setiap hari, mungkin pemerhatian ini boleh memberi perspektif lebih luas mengenai 'status' seseorang.
Senario ini ada kaitannya dengan dimensi budaya yang berbeza-beza dari satu negara ke negara yang lain
. Profesor Geert Hofstede, sarjana Belanda yang mengkaji dimensi budaya berbeza-beza bagi 56 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia mendapati Malaysia antara negara yang berada pada tahap Jarak Kuasa Yang Tinggi (High Power Distance) dalam indeks dimensi budayanya.
Jarak Kuasa Yang Tinggi merujuk kepada keadaan yang mana ahli masyarakat menjangkakan dan menerima hubungan kuasa yang tidak setara dan autokratik. Antara contohnya, golongan yang berstatus tinggi dijangkakan dan memang diberi layanan berbeza berbanding golongan biasa dan hal ini diterima baik semua.
Penampilan luaran menjadi antara ukuran awal dalam mempertimbangkan layanan. Selain
Di negara
Keadaannya berbeza di
Profesor berbasikal ke universiti tidak dikutuk 'kedekut' atau tidak berduit, tetapi tindakannya berteraskan faktor kesihatan. Pendapat ini diterima ramai dan sudah menjadi budaya setempat. Dalam hal ini, untuk kita keluar
daripada kepompong pemikiran yang sempit tadi, kita perlu perlahan-lahan membuka minda untuk mengurangkan pengaruh kuasa yang berlebih-lebihan dalam masyarakat.
Memahami kajian ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku di negara kita ini tidaklah universal dan boleh diperbaiki. Lebih-lebih lagi, ia tidak membawa kita ke mana-mana malah mewujudkan jurang di kalangan ahli masyarakat.
Namun, tidaklah kita menyangkal terus minat sesetengah orang memakai pakaian mahal. Yang penting, kita ubah persepsi masyarakat yang mengaitkan jenama luar negara dengan status tinggi. Ini hanyalah persepsi dan kita tidak perlu terikat dengan persepsi yang kita bina sendiri sepanjang zaman.
Dengan mengubah persepsi ini, sekali gus kita dapat mengurangkan masalah pelajar universiti yang
Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam
peringkat doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20090227230510/Article/
* Ahad, 28 FEB 2009
* 3 Rabiulawal 1430



No comments:
Post a Comment