Friday, December 3, 2010

Susah betul orang kaya tak tahu untung. RAKYAT BANGKIT!!


Dah lama x luahkan isi hati, ari ni ak nk ambil peluang nk kutuk ckit orang2 xtahu untung. yang kaya terus rase diri besar dan yang hidup biasa2 nilah yang terpaksa terima azab. Cuba kita fikirkan dan renungkan, sape yang susah payah siang malam berkerja dengan tulang empat kerat ni? siapa yang bersusah payah memajukan negara sampai negara Malaysia ni berkembang sampai jadi cam ni sekarang.

Ak ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia ari ni sempena tanggal 13 Disember 2010, kerajaan yang perihatin dengan slogan mengarut RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN telah sedaya upaya menolong rakyatnya yang miskin ni dengan menaikkan barang2 penting yang menjadi keperluan harian. Minyak mmg bukan ruji makanan, xda org makan minyak petrol tp kenderaan guna petrol nk bergerak, bukan tu sj, buat naik gula pulak.. PE kejadahnya ni. Nak rasionalisasi SUBSIDI diaorang cakap tapi siapa yang tanggung periknya hidup ini.

RAkyat pulak diBODOHkan dengan bahasa indah surat2 khabar pembohong dikatanya SUBSIDI BAHAN API,GULA DIKURANGKAN. Ayat untuk sedapkan hati rakyat. Nak ambil hati konon. Inilah media massa pembawa bencana kepada rakyat bawahan, menjadi ALAT pengampu golongan pemimpin yang seronok dengan kuasa dan takhta sehingga lupa siapa yang mengangkat Orang2 ini untuk berkuasa.

Ni lah Bahasa Media Pengampu, Bukan nak menolong memberi kesenangan rakyat tapi lagi menyusahkan ada!!

Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap
liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG)
dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa Sabtu.

Berikutan pengurangan
subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG
RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi
subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.


Aku seru seluruh Rakyat MALAYSIA, BANGKITLAH dari diperbodohkan dengan ayat2 manis penipu. BERUBAHLAH untuk mengajar para PEMIMPIN yang leka dengan kuasa diorang tu. Orang2 kampung!! janganlah termakan duit seratus dua tu sekadar rasuah undi tu, SEDARLAH kita bukan golongan yang mudah tertipu denagn kekaburan Habuan di hadapan mata. KITA MEMILIH PEMIMPIN BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN TETAPI SEBAGAI PEMBANTU DIKALA KITA SENANG DAN SUSAH.

Berubah lah Wahai orang2 kampung, Aku jugak orang Ulu tapi minda dah terbuka dah dek pemimpin yang mengenyangkan perut masing2 sahaja. Buanglah pemimpin jenis ni, biar mereka ini sedar langit tinggi atau rendah

AKU PROTES SAMPAI HARGA BARANG TURUN!!!!!


Cuba anda semua baca Berita ni, BERNAMA HARAM!!menipu..TANG mana kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin?

Saturday, November 6, 2010

PAS kalah di Galas dan Batu Sapi

Kalah dan menang adat bertanding. itu lumrah alam andaikata semua menang siapa yang tewasnya, andaipun semua kalah siapa jaguhnya.. aku bukan hendak jadi jaguh politik dan bukan jaguh seorg pemenang tapi ingin khabarkan apa yg terasa.

bukan lah penyokong setia tp ak ttp memberi sokongan bg melihat bulan terus bersinar suatu ketika nnt kerana ap yg boleh kita lihat kepimpinan dari pihak ini lebih dirakyatkan berbanding pemimpin kita skrg yg terus membolot kekayaan sehinggakan terlupa jerih payah golongan2 bawahan yg masih merangkak mencari erti hidup.

insyallah sinar akan terus menerangi jalan pejuang2 yang rindukan kemakmuran bumi kita ini. Sama2 lah kita membuka minda kita kemana hala tuju kita untuk masa depan. Adakah kita akan bermegah pabila MENARA WARISAN tertegak dengan runtuhnya tamadun rakyat yg kita bina sekarang ini. mahukah kita lihat anak2 generasi kita sekarang ini berbangga dengan sebuah negara yg menjadi hub HIBURAN dan pusat maksiat suatu hari nanti?

Pembangunan yg kita ada sekarang hanya pada lahiriah semata2. benar kita perlukan pembangunan tetapi kenapa pembangunan ini semakin hari semakin menelan jiwa2 kita dan meruntuhkan tamadun moral bangsa kita. Cuma kita jawap apa yang kita dapat apabila bangunan2 tinggi kemegahan negara terbian?KLCC siapa punya?Alamanda Putrajaya siapa yang pegang? ekonomi kita siapa BOLOT?

Hakikatnya bukan kita tidak mampu bersaing tetapi peluang yang kita miliki belum mampu untuk menewaskan jaringan besar golongan2 kaya diluar sana.

Golongan Elit sekarang ini sebenarnya membutakan mata dan memekakkan telinga ttg keperitan yg golongn bawahan. mereka sekadar MEMBODOHKAN golongan lemah semata2 ingin kekal dgn kuasa elitnya. Mereka ini sanggup turun bersingsing kain , berpayung atas panas teris semasa ingin mengekalkan kuasa. memberi wang 200inggit dan kain bati, mesin2 jahit sebagai alat membodohkan org kuarang pandai. Itu hakikat golongn itu zaman kini.

Wahai rakyat, bukalah minda politik kita. Ak Doakan agar jatuhkan manusia2 yg suka mem{PERBODOHKAN golongan tertindas agar suatu ketika nnt bangkitnya Pemimpin yang thu isi hati Rakyat. \
BUKAN DUIT YG KAMI INGINI TP KEMAKMURAN YG AMAT DITAGIH OLEH KAMI..

Thursday, September 2, 2010

Apabila BodohNya Orang Kite!!

Aku kenal sambut merdeka dulu masa ak kat sekolah menengah time tu form 2. malam tu kami semua perlu buat perarakan hari kemerdekaan sebelah pagi. So, kami terpaksa tido kat sekolah, biasala kan kul 6pagi dh kene terpacak kat dataran tuk gi stadium. Stadium tu pun xda la jauh sangat dari sekolah. Biasalah..sekolah tengah2 bandar.

malam merdeka tu riuh rndah dengan kemeriahan bunga api dan gelagak manusia yang MACAM2 ADa... ak xkuar pun dari kawasan sekolah tu biasalah bukan suka pun ngn benda2 bodoh cam tu. baik tido agi baik tapi nk tahu punya fasal, tgk2 la jgk pe y blaku.

Aku tengk cam jijik je manusia2 yang agak bodoh. diorg cm xsedo ngn diri sendiri.. skolah pegi tp blajarnya sengal. Org sambut merdeka tp diorg sambut mbabi buta. pakaian dah la entah pe2, terpekit melolong cm org bodoh tu pe crite plk. pastu manusia yg mgila bwk moto mlm merdeka cm org mereng, otak dah terbalik.. bpusing2, "willy' lah jerik2, 'sound ' org entah pe2.. diorg rase merdeka cam tu!!

skrg pun xberubah jgk. sama je cam 10thn lepas. ak ingit dh ramai org gi sekolah dh ramai msk universiti dah xda la budaya senget2 lagi bodoh ni tp ak ase lg teruk ada. Time MERDEKA bru2 ni, benda sama gak yg jadi! so ak rase merdeka yg kita sambut xda byk makna pun.. sama je.. semuanya xsedo diri blaka. anak2 muda ngan moto2 nya.. budak2 U ngan maksiatnya walaupun bulan pose, mak ayah plk xreti2 jgk nk ajor ank duk umah sama naik je bwok anok2 gi smbt merdeka.

WEH seme.. Ajor la idup erti MERDEKA. Nk sambut blh tp kalu xsedo bangsa sendiri d perbodohkan, bangsa sendiri d rendahkan, martabat bangsa sendiri dipijak2 xyah la nk ikut2 smbt yg enth pe2..

Satu je yg penting. BANGKIT dari lamunan khayalan tu. Merdeka tu biar kita beridentiti. Org pandang kita tinggi , Org hormat kita. Kita jugk blh bantu org bukan kita yang mengemis simpati org. Jgn kita tergadai sekarg nnt ssh pabila org buang kita walaupun di bumi kita sendiri

Wednesday, September 1, 2010

Masa Untuk Bercuti

fuh,saat-saat akhir untuk semua merasa sedikit kebebasan. sudah masuk ari yang ke 22 semua umat islam berpose. tinggal bbrape ari lagi untuk menjenguk kampung halaman yang baru je dtinggalkan. walaupun xla brape jauh jaraknya tapi penah jgk terperosok lam bas yang menyejukkan 2.

x semua kawan2 yang blh rase balik raye pastu campur plk ngn naik bas.feeling blk raye tu penting kot!!! yela mereka ni asalnya dr perlis kedah. matrik pun kat cni jgk, balik je ngan ape? mak ayah datang ambik...mana nk rase jalan2 jauh..

jom ikut sye balik terengganu. raye kat cne. ok??

Selamat Hari Raya IdilFitri
Maaf Zahir dan Batin..

raye ni kene bagi duit raye plk..huhuhu

Tuesday, August 31, 2010

Sekian Lama Menyepi

Andai bulan boleh bersiur, andai bintang boleh menyanyi pasti indah pabila tibanya waktu yang amat kedinginan. dalam kehidupan yang kita lalui walaupun penuh dugaan dan cabaran, itu hanyalah suatu kemestian lakonan yang selalu kita terpandang.

Mencari keindahan semua inginkan tapi tidak selalu kita dapat merasainya. pasrah pada apa yang telah berlaku dan berjuang apa yang belum terjadi.


Salam perkenalan dalam suasana baru dari perantau yang menyepi
Related Posts with Thumbnails