Thursday, March 5, 2009

Adakah Manusia Lebih Hina Daripada Binatang?

Dari sudut hati penulis, sekarang ramai daripada kita yang terlalu seronok dengan apa yang kita lakukan dan lalui. Sampai satu tahap akal, budi dan akidah sanggup digadaikan dek kerana semata-mata mencarikan suatu kepuasan yang tidak kekal, yang hanya sementara.

Anak-anak muda adalah satu aset dunia yang perlu dijaga dan dihargai tapi yang paling penting adalah mendidik anak-anak ini untuk menjadi manusia yang tinggi akhlaknya, tinggi pengetahuannya, serta tinggi budi bahasanya.

Sesuatu yang amat menyedihkan penulis pada ketika ini adalah keseronokan sementara yang mereka ini mencari-cari menjadi dosa-dosa kering yang dikutip ditepi lorong-lorong maksiat yang menjadi pedoman bagi mereka.

Penulis paparkan secebis kisah yang telah ramai yang mengetahui tetapi menjadikan suatu masalah yang besar ini sebagai cerita picisan dan sebagai cerita dongeng untuk tatapan anak-anak kecil - aset yang akan menbawa negara untuk dimimpin.

Fikir-fikirkan ....
Dipetik daripada Kosmo Online 5 mac 2009

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my

VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.

TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

No comments:

Related Posts with Thumbnails